Orang Asli Muslim - Tiada bimbingan berterusan
02/09/2003
Isu penyembelihan seorang ibu oleh anaknya yang didakwa sebagai seorang bomoh untuk mengubatinya, membawa kepada peristiwa terbaru yang berlaku di sekitar perkampungan orang asli di Bukit Seraya, Selandar, Jasin Melaka (7 Jun 2003). Penemuan dua buah kubur jenazah beragama Islam yang bercampur aduk dengan kubur penganut agama Kristian di perkampungan tersebut, telah membawa satu rentetan baru sehingga melibatkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan wakil rakyat setempat untuk menjawab isu ini.
Kebajikan masyarakat orang Asli beragama Islam terabai. Itulah yang menjadi fokus kali ini. Lebih menyedihkan lagi, surau sudah tidak berpenghuni malah pengamalan Islam di kalangan penduduk setempat hanya pada kalimah syahadah. Tambahan lagi, penemuan dua buah kubur jenazah beragama Islam dikatakan tidak diselenggarakan serta tidak disembahyangkan menjadi tanda tanya.
Setakat ini, apabila JAIM diminta mengulas isu tersebut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Agama, Rahimin Bani setidak-tidaknya menunjukkan respons yang positif terhadap isu ini. Namun, permasalahan ini dilihat bukan kerana sikap kakitangan tangan JAIM yang cuba lepas tangan dan hanya bertindak apabila isu ini disiarkan di kaca televisyen Sabtu 2 Ogos 2003, cuma pihak jabatan perlu menyusun kembali pengurusan dalam pentadbiran untuk mengatasi ketidakcekapan pengurusan kebajikan saudara-saudara baru yang amat memerlukan bimbingan.
Kehebatan Melaka dengan sejarah perkembangan Islam selama 600 tahun telah dicacatkan dengan peristiwa ini. Tidak henti-henti masalah berlaku di negeri Melaka, dengan isu khurafat di Pulau Besar, diikuti dengan pembunuhan seorang ibu yang berubat dengan anaknya, kini kisah kebajikan saudara-saudara baru yang terabai. Apakah dengan mendengar sahaja akan menyelesaikan masalah ini. Siapakah yang perlu bertindak kali ini jika tidak masyarakat, jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan dan wakil rakyat untuk menjenguk keperluan rohani dan bimbingan daripada mereka yang bergelar Muslim?
Keadaan ini perlu ditangani dengan bijaksana dan melibatkan semua pihak. Kita telah dimaklumkan melalui laporan-laporan akhbar yang mengatakan graduan-graduan aliran agama dari universiti tempatan meningkat malah mencecah ribuan saban tahun. Jabatan agama perlu mengenal pasti di manakah mereka dan menyerapkan mereka ke dalam unit-unit berkaitan untuk membantu membendung keadaan ini.
Untuk itu, tahap pengurusan dan tingkat gaji serta kemudahan dikaji serta jawatan dalam jabatan berkenaan perlu dinaikkan ke tahap professional agar ia tidak dilihat sebagai satu jabatan yang tiada kredibiliti dalam menguruskan hal-hal sebegini.
Jika di negara China, kerajaan mereka telah melaksanakan projek sukarelawan untuk menghantar 6,000 graduan ke daerah-daerah sekitar yang kurang membangun khususnya di Barat China sebagai salah satu usaha mengimbangi kemajuan antara daerah, selain daripada mengurangkan tekanan kekurangan pekerjaan di kalangan graduan sebagaimana disuarakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yuan Guiren.
Sasaran utama mereka ialah untuk meningkatkan kemajuan bidang pendidikan, pertanian, perladangan, kesihatan dan perhutanan melalui kemahiran para graduan yang dihantar ke sana. Mungkin idea bernas mereka dapat diterapkan di sini dengan meletakkan beberapa fokus utama yang penting untuk dilaksanakan.
Kewujudan pusat komuniti Islam di setiap perkampungan orang Asli yang telah dan sedang menerima hidayah Islam perlu diwujudkan dengan seragam dan jelas gerak organisasinya agar graduan-graduan lulusan agama dapat menunaikan tugas mereka secara sempurna dan efektif untuk mendidik masyarakat orang Asli. Kemahiran graduan tidak sahaja meliputi memberi bimbingan fardu ain malah pendidikan fardu kifayah melibatkan kemahiran memenuhi keperluan hidup mereka meliputi keperluan ekonomi dan sosial bagi menggantikan nilai-nilai hidup yang bertentangan dengan cara hidup Islam.
Jika pelaksanaannya dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab dan amanah, bersama laporan bulanan yang dihantar terus ke jabatan untuk dinilai peningkatan serta mengenal pasti masalah yang sedang berlaku, pastinya pusat komuniti Islam orang Asli dapat dijadikan model contoh bagi tempat-tempat lain.
Kita perlu banyak belajar daripada orang lain dan bersedia menghulurkan kerjasama dengan individu-individu dan kumpulan-kumpulan dakwah kecil yang bergerak menyebarkan dakwah Islam di kalangan masyarakat orang Asli. Berdasarkan laporan-laporan daripada jemaah Tabligh yang kerap melakukan misi dakwah di luar, masalah yang melibatkan penduduk orang Asli Muslim di Melaka turut dialami oleh mereka yang mendiami Rumah Panjang, Sarawak. Berdasarkan pengalaman mereka, wujud juga orang Asli Muslim yang berkeluarga tetapi berlainan agama kesan tiadanya bimbingan berterusan dari pihak yang bertanggungjawab. Hanya air mata sahaja yang membayangkan kegembiraan seorang lelaki orang Asli Muslim apabila disyahadahkan semula bersama isterinya yang beragama lain dan diberi bimbingan oleh golongan Tabligh ini.
Jika pihak jabatan bersedia bertemu muka dengan kumpulan-kumpulan kecil ini untuk berbincang, masalah ini bukan sahaja dapat dikurangkan malah kerisauan melibatkan kumpulan-kumpulan ajaran sesat dapat dipantau jika wujud di kalangan mereka.
Hari ini, televisyen tempatan mendedahkan kisah malang saudara-saudara Islam kita yang dikebumikan tanpa penyelenggaraan yang wajar, moga dengan sedikit idea dan harapan rakyat dapat mengurangkan dilema ini. Seorang Muslim dengan Muslim lain umpama batu bata yang menjadi konkrit binaan sebuah bangunan. Tanpanya, bangunan itu mungkin roboh. Ini bermakna, seorang Muslim mempunyai hak dan kewajipan terhadap Muslim lain. Rasulullah s.a.w. banyak meninggalkan pesanan supaya umat baginda tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab bersama walau di mana saja mereka berada. Bukankah kita bersaudara?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home