Tahun Baru Cina - Eratkan kekeluargaan saudara baru
30/01/2003
Tahun Baru Cina dikenali juga sebagai Pesta Musim Bunga, kerana ia bermula pada permulaan musim bunga.
Kalendar lunar Cina merupakan kalendar yang tertua di dunia, digunakan sejak 2600 tahun Sebelum Masihi.
Penggunaan kalendar ini diperkenalkan oleh maharaja Huang Ti.
Seperti kalendar barat, kalendar lunar Cina juga berasaskan pusingan tahunan yang mana permulaan tahun dimulai berdasarkan pusingan bulan.
Oleh sebab itu, permulaan tahun bagi kalendar Cina jatuh di sekitar bulan Januari dan Februari.
Kehadiran Tahun Baru Cina hari Sabtu ini, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia.
Keadaan yang sama turut dialami oleh sebahagian besar saudara baru, yang melihat perayaan budaya ini satu perayaan yang merapatkan hubungan kekeluargaan antara mereka.
Meskipun berlainan agama, ia tidak menjarakkan lagi hubungan, malah menjadi satu platform untuk saling memahami antara satu sama lain.
Dalam meraikan sambutan perayaan ini, pengamalan Islam masih boleh diteruskan oleh saudara-saudara kita, selagi praktis budaya itu sendiri tidak bertentangan dengan garis panduan syariat.
Menghormati ibu-bapa sebagai golongan yang bertanggungjawab mendidik, mengasihi dan melindungi kita, merupakan salah satu ajaran Islam yang sangat ditekankan ke atas setiap penganutnya.
``Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).'' (Luqman:14-15)
Memilih Islam sebagai cara hidup tidak menjadikan seseorang itu akan berubah dari sudut bangsa atau terputus hubungan kekeluargaan antara mereka.
Seorang berbangsa Cina tetap seorang Cina, meskipun akidah yang dianuti berbeza.
Tidak ada istilah `masuk Melayu' di dalam ajaran Islam.
Hakikatnya, Allah menjadikan seseorang itu tetap di dalam keturunan dan bangsanya, sebagai satu hikmah dalam kejadian manusia agar lebih bersifat menghargai dalam kehidupan bermasyarakat serta hormat menghormati antara satu sama lain.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13, menghuraikan lebih lanjut hakikat hidup berlainan bangsa dalam keadaan yang harmoni:
``Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
`` Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).''
Golongan saudara baru tidak gemar disifatkan sebagai menukar agama (convert), sebaliknya mereka lebih suka dipanggil sebagai mereka yang kembali (revert) kepada Islam.
Pada awal permulaan memilih Islam sebagai cara hidup, pelbagai cabaran dan halangan terpaksa dihadapi, kesan daripada salah faham keluarga dan sikap masyarakat keseluruhan yang tidak memahami pilihan mereka.
Walaupun begitu, keyakinan yang mendalam terhadap Allah sebagai Tuhan yang satu, menjadi benteng menghadapi segala bentuk ujian dengan sabar dan bertindak secara hikmah.
Ibu bapa perlu dihormati walau apa keadaan sekalipun. walaupun sesuatu tindakan yang dilakukan mereka adalah bertentangan dengan Islam, tegahan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara lemah-lembut.
Malah Islam meletakkan berbuat baik kepada ibu bapa adalah tuntutan yang lebih penting sebelum jihad kerana Allah, sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud: ``Saya bertanya kepada Nabi s.a.w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala?
Baginda menjawab: ``Solat pada waktunya.'' Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab:''Berbuat baik kepada kedua-dua orang tua.'' Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: ``Berjihad (berjuang) di jalan Allah.'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jahamah r.a. telah mendatangi Nabi s.a.w. seraya berkata:
``Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu.'' Nabi bertanya, ``Apakah kamu mempunyai ibu?.'' Ia menjawab, ``Ya.'' Baginda bersabda: ``Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah telapak kakinya.'' (Riwayat Ahmad dan An-Nasai).
Tidak ada alasan bagi seorang Muslim untuk tidak menziarahi ibu bapanya, meskipun kedua-duanya bukan Islam.
Sirah Rasullullah s.a.w. pernah mencatatkan, nabi sendiri pernah melawat seorang wanita Yahudi yang sakit dan mengajaknya memeluk Islam.
Jika situasi yang sama berlaku ke atas kedua-dua ibu bapa kita, ia menjadi tanggungjawab kita menjaga kebajikan mereka pada waktu sihat mahupun sakit.
``Tuhanmu telah memerintahkan, hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepada-Nya dan berbuat baik kepada dua orang tua. Jika salah satu di antara mereka atau kedua-duanya sudah sampai umur tua dan berada dalam peliharaanmu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata `ah' (kalimat yang tidak menyenangkan hati), dan jangan kamu bentak mereka, tetapi katakanlah kepada mereka berdua kata-kata yang mulia.
``Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan ucapkanlah: ``Ya Tuhanku! Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sejak kecil.'' (al-Isra': 23-24)
Islam akan tetap dipandang mulia dan dilihat sebagai baik serta membawa rahmat, andainya semua umat Islam memahami benar-benar tuntutan agama mereka dan mempraktikkannya.
Tambahan lagi sekiranya golongan saudara baru sebagai duta kecil yang mewakili Islam kepada bangsa serta ahli keluarga mereka, mampu mendalaminya dengan sokongan serta bantuan umat Islam pada waktu memerlukan. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home